seuntai kata untuk dirasa bintang bersinar seindah malam... tak seperti ape yang kita jangka... bintang sentiasa menerangi hari kita disebalik matahari... secara lansung kita mengkagumi keindahan maha pencipta... semoga kita mendapat rahmat dariNya. Percaya bahawa sesuatu itu takkan berlaku tanpa keizinannya jua, bitaufiq wannajah,daiman abada....
Ukhwah bermula jua disini
Sabtu, 2 Oktober 2010
Pokok Pisang~(Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Bermanfaat Kepada Manusia Lain)
Apabila anda melihat alam,perhatilah dengan mata akal diiringi iman.mari menjengah kepala mencerna ibrah dari sang Pisang.
Pisang tak pernah berbuah dua kali.Kalau ada,pasti dipuja dan disembah.Selepas berbuah pasti mati.Apa yang luar biasa,sebelum mati ia meninggal anak-anak'nya terlebih dahulu.Kemudian baru mati.
Pokok pisang tunjuk kat kita,bagaimana mahu menjadi orang yang berjasa.Sebaik-baik manusia asalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain.selagi pisang tidak berbuah,selagi itu dia akan terus hidup(lain la kalau ada yang gatal bunuh dia).Kalau pisang tak nak mati selagi tak berjasa,macamana pulak kita yang ada kudrat dan akal ni?Masih menyusahkan orang lain atau dalam usaha memberi manfaat kepada orang lain?Walau apa sekalipun biar ia bermanfaat...untuk kita dan orang lain.
Apa yang lebih menarik,pisang tidak terhenti setelah dia mati sahaja.tapi terlebih dahulu melahirkan 'anak-anak' yang bakal mengikut jejak sepertinya.Seolah ia menyambut sabdaan Nabi Muhammad S.A.W:
Selepas kematian anak Adam semua amalannya akan terputus,kecuali tiga:
Ilmu yang Bermanfaat
Anak soleh yang mendoakan
Amal jariah yang ditinggalkan
Seolah 'anak-anak'nya akan menghidupkan dirinya walau ia telah mati.Bagi manusia,terlalu banyak cara untuk membuktikan kita boleh menjadi lebih baik dari pisang.Bukan setakat memberi 'buah' dan melahirkan 'anak',malah lebih dari itu.Semuanya bergantung pada diri kita.
Setiap dari kita mesti bersedia untuk membuat kebaikan yang berterusan.Ambil pengajaran hebat dari pokok pisang yang biasa ini.Terus-terusan 'memberi' sekalipun sudah mati..
Ambillah ibarah dari Pokok Pisang..
Langgan:
Catatan (Atom)