Ukhwah bermula jua disini

Rabu, 20 Jun 2012

Kita Hanyalah Insan Yang Lemah


Dalam mengejar erti kehidupan ini, sebenarnya kita amat kerdil dan hina.Semua yang berlaku ini adalah suatu kurniaan Allah buat seketika waktu selagi mana nyawa dikandung badan.Kita sihat kerana-Nya,kita kuat kerana-Nya,kita sakit kerana-Nya dan semua itu kerana-Nya.

Amat malang dan hinalah bagi mereka yang begitu bongkak dan takabbur pada diri seperti dialah pembuat segalanya.

Kita ini hidup adalah kerana adanya nikmat nyawa dan kesihatan daripa-Nya,kita mampu melihat adalah kerana nikmat-Nya juga.Semua itu kerana dia segalanya.

Menjadi seorang yang benar-benar kenal erti diri amatlah payah dan susah melainkan kepayahan dan kesusahan itu telah mereka tempuhi.

Sebagai seorang mahasiswa mahu pun mahasiswi isu semasa bagi mereka nikmat itu ibarat pra kehidupan sebelum adanya segalanya.Kenalilah diri melalui sesuatu jalan yang diredhai dan disenangi mudah-mudahan iman kita meningkat dari hari ke hari.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sememangnya kita adalah insan yang lemah...untuk itu kita kena banyakkan berdoa supaya diberi kekuatan untuk menempuhi setiap dugaan dari Allah S.W.T