Ukhwah bermula jua disini

Isnin, 22 Februari 2010

MUHASABAHKAN DIRI



Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia.

Sementara masih sihat. Masih mampu berdiri tegap dan mampu kesana dan kemari. Apatah lagi mampu berfikiran waras serta dapat mengawal emosi. Eloklah diberi keutamaan dalam proses muhasabah diri. Letak diri didalam taraf paling rendah supaya dapat berfikiran dari segenap sudut untuk proses defensif yang paling baik.

Duniawi adalah penting tetapi Syurgawi lagilah paling penting. Seimbangkan kedua-duanya kerana ianya adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang dimuliakan. Sementara nyawa dikandung badan, renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!

Apa merepek!??? Aku tidak merepek tetapi sedemikianlah gabungan hati dan fikiran aku setelah beberapa lama mendiamkan diri. Aku cuba mencari semula jalan kebenaran. Semakin hari semakin tenang, semakin hari semakin banyak perkara pelik yang mendatangi aku. Nikmat dari-NYA semakin terasa nyata.

Manusia mana penah rasa cukup.Begitulah aku yang berasa tidak cukup hanya merasa sedemikian. Kesempatan ini aku benar-benar menginsafi diri dan perlunya aku memohon keampunan dari semua yang mengenali diri ini sama ada aku pernah termakan dan terminum yang bukan hak aku, tersalah laku dan kata-kata, mungkin juga tak sengaja berdusta, dan juga kepada yang pernah dilukai atau melukai hatinya.

Bagi aku, dosa dengan tuhan mudah untuk aku mengadu dan bermohon secara terus tetapi dosa dengan manusia nampak seperti mudah tetapi sukar untuk dileraikan sepertti kata pepatah “rumah terbakar nampak asapnya, hati manusia yang marah tak siapa yang tahu”.....

renung2kn dan slmt beramal..=p





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

... gud,,,
slamat beraaamaal... ^^,)

Tanpa Nama berkata...

satu catatan yang matang...lahir dr hati dan dizahirkan atas tulisan...Persahabatan bg dunia sekarang adalah fitnah. Jadikan diri kita sbg sahabat sblm mendapat sahabat. tangan yang meminta lebih baik dari memberi. Jadilah diri sebagai pemberi...bkn peminta....<3