Tanpa
kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara
tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam
keindahan tawakkal kepadaNya (tawakkal'alallah), saat pertolongan& bantuan
Allah itu pasti lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya
tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama
menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan
kasih Rabb-nya. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah
rasa kehambaan kecintaan pada ilahi. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah
dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal.
Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!
Bagi jiwa
yang sakit (it doesn't mean sick,its full of hatred), pasti pertolongan yang
hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa
tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa.
Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w
yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks
kita yang berjaya memperoleh keputusan/pekara yang cemerlang. Masih wujud
sebilangan besar diantara kita yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang
diberikan Tuhan kepada kita. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan
yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan. Disebabkan perkara ini,
kita sebagai rakan kepada sahabat- sahabat seharusnya mencari kelemahan masing-masing
dan memperbaiki kekurangan yang ada pada diri dan jiwa hendaknya sementara iman
dipertingkat untuk merasai nikmat iman itu sendiri.
Justeru,
bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan
Allah s.w.t kepada mereka ini. Sesungguhnya kurnia Allah sangat luas. Masakan
Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia
dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang
menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan
disease ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal
andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. Tiada satu makhluk pun
yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka
yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan
masalah menebal di benak fikiran kamu. Barangkali pernah juga terlintas "
Benarkah apa yang saya lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang saya lakukan,
masakan saya diuji sebegini rupa?" Ingatlah,
berjuang memang pahit dan menyakitkan! Kerana kelak balasan di syurga itu
manis. Masakan, adakah jalanan perjuangan dihampar permaidani merah?
Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa
kesenangan itu sememangnya lebih payah.
Oleh itu,
nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan
hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala
istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur.
Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..
Allahumma
irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma
zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya
Rabbal'Alamin..
Ya Allah
kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi
kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami
tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..
Wallahu'alam...