Ukhwah bermula jua disini

Isnin, 15 Disember 2014

PERTOLONGAN YANG TIDAK PERNAH DIDUGA


Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya (tawakkal'alallah), saat pertolongan& bantuan Allah itu pasti lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Rabb-nya. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan kecintaan pada ilahi. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!

Bagi jiwa yang sakit (it doesn't mean sick,its full of hatred), pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks kita yang berjaya memperoleh keputusan/pekara yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar diantara kita yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada kita. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan. Disebabkan perkara ini, kita sebagai rakan kepada sahabat- sahabat seharusnya mencari kelemahan masing-masing dan memperbaiki kekurangan yang ada pada diri dan jiwa hendaknya sementara iman dipertingkat untuk merasai nikmat iman itu sendiri.

Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan Allah s.w.t kepada mereka ini. Sesungguhnya kurnia Allah sangat luas. Masakan Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan disease ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran kamu. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang saya lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang saya lakukan, masakan saya diuji sebegini rupa?" Ingatlah, berjuang memang pahit dan menyakitkan! Kerana kelak balasan di syurga itu manis. Masakan, adakah jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah.

Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..

Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..

Wallahu'alam...


Khamis, 4 Julai 2013

Carilah Punca Untuk Berubah Tapi Ikhlaskan Niat Sebelum Melangkah !!!

Mari kita musabah balik ….. agar ujian mentarbiah kita.

Sekiranya sewaktu musim peperiksaan kita sanggup berhempas pulas siang dan malam mentelaah pelajaran apa salahnya kita teruskan sikap yang baik ini. Berhempas pulas menuntut ilmu dan berhempas pulas siang dan malam menunaikan kewajiapan agama. 


Sekiranya kita sering takut, rungsing, bimbang juga resah, semunya tak keruan dalam getir mengharungi ujian, apa salahnya perasaan yang sama kita teruskan apabila gagal menunaikan perintah Allah dan ketika melakukan maksiat.

Seandainya untuk ujian kita mampu membuat perancangan belajar yang tepat dan sesuai dengan kehendak masa yang mendesak untuk cemerlang, apa salahnya perancangan yang sama kita mampu buat untuk ibadat harian, mingguan, bulanan, tahunan dan seumur hidup dalam merentasi masa yang juga singkat ini sebelum kita ditentukan sama ada cemerlang atau tidak di padang mahsyarakat kelak.

Ujian juga menyebabkan kita berjya menyusun masa dengan baik agar tidak terbazir begitu sahaja apa salahnya hal yang sama kita kekalkan dalam kehidupan seharian. Aturlah hidup agar lebih bermanafaat kepada ummah.
Sewaktu ujian kita mampu meninggalkan perkara yang lagha dan maksiat apa salahnya perkara mungkar yang sama kita tinggal selepas ujian.

Sewaktu musim ujian juga kita cukup jaga pemakanan minda untuk memastikan otak sentiasa cerdas dan badan selalu cergas apa salahnya selepas ujian selain menjaga hak fizikal tubuh kita turut jaga hak hati agar tidak gersang dengan iman.

Teruskanlah doa munajat, qiammullai, sedekah dan segala amal baik sewaktu dalam muslim imtihan. Tidak rugi mukmin yang istiqamah.

Ini hanyalah sedikit gambaran perubahan sikap yang boleh kita aplikasikan selama-lamanya hasil daripada tekanan ujian. Mungkin kita serious dalam menghadapi ujian, bukan sekadar target untuk lulus bahkan cemerlang yang dikejar. Begitulah juga keputusan yang sama perlu kita kejar sempena konvokesyen di padang mahsyar kelak.

Hidup seharian kita adalah ujian. Exam forever. Setiap masa markah dicatit. Sama ada positif atau negatif. Bermula dari bangun tidur maka bermulakah exam kita. Perbuatan yang wajib sudah tentu diberi markah positif, bonus lagi bagi yang sunat bergantung kepada kerajinan. Mungkar pun dapat markah tapi negatif, nasib baiklah perkara makruh kurang dinilal dalam pemarkahan ini.

Namun exam akhirat ini kurang dirasakan oleh kita. Mungkin sebab markah tak nampak atau result lama sangat nak keluar. Kena tunggu jemputan Izrail, kena tunggu Israfil tiupkan sengkakala dulu. Barulah bermula pemarkahan dan konvokesyen…..
Fikir-fikirkan……

Isnin, 10 Jun 2013

BerkOngsi Pendapat Bersama...Hayatilah Wahai Insan Yang Bergelar "Muslimah"


Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, kepada-Nya kita memuji, memohon pertolongan kepada Zat yang Maha Esa, meminta keampunan dan memohon petunjuk-Nya. Memohon perlindungan kepada Allah dari segala keburukan diri dan keburukan amalan diri sendiri. Maka sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, nescaya tiada sesiapa yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan, tiada seorangpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

Selawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat baginda serta mereka yang sentiasa menikut sunnahnya sampai hari kiamat. ^_^

Banyak perbuatan dan perkataan yang kita lakukan dan lafazkan selama mana kita masih bernafas dan hidup dimuka bumi ini. Dalam masa yang sama, kita diperhatikan oleh Yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.. Juga tidak ketinggalan perlakuan dan pertuturan kita juga turut dilihat oleh insan-insan disekeliling kita dalam sesetengah keadaan.

Oleh yang demikian, akan wujudlah situasi ada sesetengah orang yang tidak suka apa yang kita lakukan, ataupun mempertikaikan perlakuan atau pertuturan kita, walaupun apa yang kita 'buat dan cakap' itu adalah perkara baik dan benar. Hal ini selalu berlaku kepada orang yang 'berusaha melakukan kebaikan', pasti ada sahaja yang cuba memperlekehkan dan memperkatakan kebaikan yang dilakukan..semua ini di tujukan kepada insan yang bergelar muslimah dimuka bumi ini untuk dikongsi bersama tentang pendapat yang tulus dari hati seorang yang bergelar lelaki.. dan 
ini adalah pendapat yang sering dikatakan kebayakan muslimah:

"Kenapa mesti pakai tudung labuh...?" "Kenapa mesti pakai stoking..?" "Kenapa mesti pakai jubah je...?" "tak panas dan rimas ke?.." "tak ikut perkembangan zaman..." "tak pandai bergaya..." ""macam makcik2..."

--> Pakai tudung labuh sebab nak
'Redha ALLaH'.. tak kisah kalau korang tak redha.. Allah menyuruh kita melabuhkan hijab hingga menutup dada dan segala perhiasan yang ada pada seorang wanita, memakai pakaian yang tidak jarang dan tidak ketat.. ape..?? ALLah redha ke korang pakai tudung juz tutup kepala dan leher, kain jarang macam jala ikan..nampak batang leher..??

--> Pakai stoking sebab nak
'Redha Allah'.. tak kisah kalau korang tak redha.. Syariat telah menentukan, aurat wanita adalah seluruh anggota badan, kecuali tapak tangan dan muka.. ape..??? ade tak kaki tu termasuk dalam pengecualian bukan aurat..juz tapak tangan dan muka je kan.. ape..?? korang nak lawan hukum.?! korang ingat Allah redha ke korang tak pakai stoking..?!

--> Pakai jubah sebab nak
'redha Allah'..tak kisah kalau korang tak redha.. Allah perintahkan kita memakai pakaian yang bersopan, tidak nipis, tidak ketat, menutupi seluruh badan.. jangan pakai baju, tapi macam telanjang.! ape..?? korang ingat Allah redha korang pakai baju saiz adik kecik umor 5 tahun..?? pakai seluar ketat melekat kat punggung..?!

--> Biar Panas..Biar Rimas.. Yang penting
'redha ALLaH'..Tak kisah kalau korang tak redha.. Korang panas ke tengok ader org macam tu.? Sesungguhnya Api neraka lebih panas lagi dari bahang haba kat dunia ni.. dunia hanya sementara panasnya.. biarlah panas kat sini, demi "aircond" selamanya kat sana.. tak rela bersejuk-sejuk disini, sedangkan disana hanya Allah yang tahu betapa panas azab api neraka.. lagipun, takde lah panas sangat pun.. tak hangus pun aku dek tg0k kepanasan menutup aurat ni.. ape..??? korang sejuk sangat ke..? atau suam2 kuku ..? aku tengok berpeluh juga..

--> Tak ikut perkembangan Zaman... yang penting
'Redha Allah'..tak kisah kalau korang tak redha.. tudung labuh dan jubah2 sekarang pon dah moden la, camana ko nak taw tentang perkembangan tu kalo korang asyik beli baju "budak2 kecik" je.. korang yang ketinggalan zaman.. ape..??? korang ingat korang maju sangat ke..? ikut fesyen barat yang ntah pape.. ape..?? korang ingat Allah redha ke korang pakai baju tak cukup kain jenama bla..bla..bla....ntah..aku pon xtaw.. hahaha (tiba2 rasa nak gelak sbb mmg tak taw jenama pe org slalu pakai..)

--> Tak pandai bergaya.. yang penting
'Redha Allah'..tak kisah kalau korang tak redha.. ada insan tak make-up muka, tak bersolek ko kata tak bergaya.. tak pakai kasut tinggi..tak pakai baju ketat2..ko cakap tak bergaya.. ape..??? ko ingat Allah redha ke ko pakai celak sejengkal, bedak sedepa, lipstik merah menyala,eyeshadow berlapis2 macam rainbow..? ape..? ko ingat Allah redha ke ko jalan bunyi tik..! tok..! tik..! tok..! ngan kasut tinggi..? !!

--> Biar macam makcik2.. yang penting
'redha Allah'.. tak kisah kalau korang tak redha.. ader insan tak nak pakai baju macam britney spears..macam Avril lavinge.. dorang tu orang bukan Islam, buat pe nak tiru macam dorang.. makcik2 kita pakai bersopan, mewarisi kesopanan dan kesantunan sepanjang zaman.. lagipun tak lari dari syariat Islam.. ape??.. korang ingat Allah redha ke korang macam britney...? ape2 je lah..


Moralnya, biar ape pun yang diperkatakan dan dipertikaikan oleh orang sekeliling terhadap perkara baik yang kita lakukan, jangan jadikan alasan untuk kita tidak istiqamah.. Biarkan mereka tidak redha, yang penting Redha Allah selalu bersama kita..^_^

Ahad, 9 Jun 2013

REMAJA PERLU MENJAGA MARUAH DIRI.....



Setiap orang sudah pasti mengimpikan kejayaan dalam setiap apa yang dilakukan. Tetapi untuk berjaya tidak beroleh hanya berpeluk tubuh atau mengharapkan kepada takdir semata-mata.

Setiap orang yang ingin mencapai kejayaan hidup perlu menghadapi pelbagai rintangan sebelum mencapai kejayaan. Seperti kata pepatah; jika tidak dipecahkan ruyung masakan akan dapat sagunya. Sesungguhnya hanya individu yang cekal, bijak, dan mempunyai cita-cita yang tinggi sahaja mampu melepasi rintangan untuk menuju ke puncak kejayaan. Sebenarnya kejayaan dalam bidang apa sekalipun adalah nilai diri atau maruah diri seseorang. Individu yang berjaya, sentiasa mementingkan harga diri agar seiring dengan kejayaan yang dicapai.

Sebaliknya, individu yang gagal mempertahankan maruah diri akan berdepan dengan pertentangan nilai hidup antara kejayaan yang dicapai, dan maruah yang tercalar yang secara langsung memberi kesan kepada keseluruhan hidupnya. Sebab itu kerajaan amat menekankan kepada kecemerlangan yang seimbang dalam semua aspek. Falsafah Pendidikan Negara menetapkan matlamat untuk melahirkan individu-individu pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi.

Ketika melalui usia remaja memang terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam diri seseorang, terutama dari segi emosi, seks dan fizikal. Sebenarnya usia remaja adalah permulaan kepada membentuk personaliti.
Kehidupan dalam usia remaja banyak dipengaruhi persekitaran; di mana tempat tinggal, dengan siapa berkawan, serta pengaruh media juga tidak kurang hebatnya. Penguasaan ibu bapa terhadap anak di peringkat usia remaja semakin berkurangan, melainkan jika sejak usia kanak-kanak lagi ibu bapa telah berjaya menerap amalan hidup berkeluarga yang kuat.

Remaja perlu mempunyai perancangan yang jelas dalam minda untuk meletakkan diri pada landasan yang betul menuju kehidupan dewasa yang berjaya berbekalkan pendidikan yang baik dan budi pekerti yang luhur.Perancangan amat penting untuk menentukan kejayaan hidup. Sesiapa yang tidak menetapkan perancangan seolah berada di sebuah dunia khayalan. Remaja yang tidak mempunyai perancangan hidup mengisi masa remaja dengan aktiviti yang mereka fikirkan memberi kepuasan, tidak perlu bersusah payah, dan ikut apa sahaja kehendak hati.

Apa yang jelas, ramai remaja yang tidak mementingkan maruah hidup tanpa hal tujuan. Malah, mereka tidak memahami apa itu maruah. Bagi mereka maruah hanya dikaitkan dengan hubungan sesama mereka. Remaja mudah terasa tercabar jika dipermainkan sesama mereka. Pantang sahaja dicabar akan terus disahutnya.
Sebaliknya, mereka tidak ambil peduli jika yang menegur itu ibu bapa atau orang dewasa. Mereka menganggap orang dewasa tidak memahami perasaan atau jiwa remaja. Kononnya, zaman ketika ibu bapa melalui usia remaja dahalu tidak sama dengan zaman apa yang mereka lalui sekarang. Fenomena ini menjadi punca mengapa masalah moral remaja semakin meruncing. Dalam hal ini bukan ibu bapa dan orang dewasa tidak berperanan membentuk moral remaja ke arah kebaikan, tetapi remaja sendiri tidak mahu menerima apa yang difikirkan baik untuk mereka.

Dalam menilai diri, remaja perlu jujur mengenali diri sendiri. Kesilapan yang biasa berlaku ialah apabila individu tidak mengenali diri sendiri; yakni kelebihan dan kelemahan diri. Sebab inilah menjadi punca mengapa remaja tidak merebut peluang yang baik untuk mereka. Ahli falasafah Yunani yang terkenal, Aristotle pernah mengatakan bahawa kita menjadi apa yang selaku kita lakukan. Sekiranya kita ingin mencapai kecemerlangan, maka perlulah selalu melakukan apa yang membolehkan mencapainya. Sesungguhnya kecemerlangan tidak dapat dicapai dengan menggunakan jalan pintas yang mudah tanpa mengikut peraturan.

Untuk menilai diri, terdapat dua unsur yang perlu dikenal pasti mengenai kencenderungan diri iaitu ekstrovert dan introvert. Nilai-nilai diri ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sikap ekstrovert ialah orang yang berminat terhadap hal yang berlaku sekitarnya, berfikiran terbuka, dan suka bergaul. Dia menunjukkan sikap ramah, lancar dalam pergaulan, berkeyakinan, mudah mesra, gembira, dan tidak pentingkan diri sendiri.

Remaja yang tergolong dalam sifat ini memiliki kualiti hidup yang baik dengan sentiasa mengutamakan nilai yang baik dan menghargai diri sendiri. Di dalam diri terdapat semangat ingin melakukan kebaikan tanpa perlu diingatkan berulang kali oleh individu lain. Remaja yang bersikap ekstrovert juga mempunyai pemikiran dan daya imaginasi yang baik. Dia meletakan matlamat hidup pada kedudukan yang tinggi sebagai satu motivasi untuk berusaha mencapainya. Cabaran yang dihadapi dianggap sebagai rutin hidup yang menggembirakan.

Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai sifat berdikari. Dia yakin membawa diri untuk meletakkan dirinya lebih dewasa, dan mampu untuk melaksanakan sebahagian daripada tanggungjawab dalam masyarakat. Golongan ini lebih berminat untuk bercampur gaul dengan mereka berusia lebih tua. Melalui pergaulan itu membolehkan mereka mengutip pengalaman yang berguna. Hal ini dapat meningkatkan lagi motovasi dan keyakinan diri.

Dengan sifat ekstrovert memudahkan seseorang itu menikmati hidup dengan penuh makna. Biarpun ada apa yang diusahakan tidak tercapai, perjuangan tetap diteruskan. Apa yang penting bagi mereka bukan semestinya sampai di destinasi, tetapi apa yang telah dilakukan sepanjang pengalaman menuju destinasi.
Manakala orang yang memiliki sifat introvert pula lebih suka memusatkan perhatiannya kepada fikiran dan perasaannya sendiri. Orang bersifat introvert selalu menunjukkan sifat mementingkan diri sendiri, egois, syok sendiri, terbatas pergaulan, pediam, tiada keyakinan diri, pemarah dan singkat akal.

Diperhatikan bahawa individu bersifat introvert tidak mementingkan maruah, biarpun mereka mementingkan diri sendiri. Apa yang dilakukan lebih kepada melayan kehendak sendiri tanpa memikirkan kenyataannya. Dia lebih mementingkan kebebasan untuk memilih menentukan sendiri apa yang ingin dilakukan. Dalam hal ini, pandangan orang lain biasanya tidak lagi diperdulikan. Hidup yang dilalui hanya terbatas kepada apa yang sedangkan dilakukan, tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang. Nasihat ibu bapa dianggap menyekat kebebasan, dan seperti melayan mereka masih budak kecil.

Mereka yang bersifat introvert tidak ada perancangan hidup. Apa yang dilakukan hari ini adalah untuk hari ini. Sebab itu golongan ini mudah terpengaruh dengan aktiviti bersuka-suka, memuaskan keinginan, membazirkan masa, serta bertindak mengikut kata hati tanpa berfikir kesannya.

Kadang-kadang golongan ini sedar kesalahan yang dilakukan, tetapi tidak berusaha untuk berubah. Mereka sentiasa merasa rendah diri dan tidak berkemampuan berbanding orang lain.Biasanya mereka menganggap kejayaan hanya menjadi milik orang lain. Sekiranya diberitahu mereka juga dapat berjaya sepertimana orang lain, hal itu dikatakan satu perkara yang mustahil, sedangkan mereka belum berusaha melakukan apa-apa lagi.

Oleh itu setiap remaja perlu menilai diri sendiri dan menentukan sama ada berada dalam golongan eksrovert atau introvert. Binalah maruah diri yang membawa ke arah kehidupan berjaya cemerlang

Sabtu, 1 Jun 2013

Pembuka Bicara


Satu ungkapan yang sering keluar dari mulut orang-orang yang menjdikan islam sebagai agamanya

Setiap perbualan mesti dimulakan dengan ucapan salam 
Sebelum masuk ke rumah pon mesti didahului dengan memberi salam
Menjenguk sanak saudara pon mesti dimulakan dengan ucapan salam
Berhubung melalui telifon bimbit pon mesti didahului dengan ucapan salam
Seorang guru yang ingin memulakan pengajarannya mesti memberi ucapan salam kepada murid-muridnya
Dalam Ibadah solat sendiri menjadikan ucapan salam sebagai salah satu rukun solat yang wajib dikerjakan
Ucapan salam sememangnya telah sebati dengan apa sahaja amalan kehidupan seharian seorang muslim


Hukum kita memberi ucapan salam adalah sunnah yang mana menjadi amalan Rasulullah S.A.W ketika baginda masih hidup. Satu ucapan yang disebut mengikut sebutan bahasa Arab iaitu bahasa Rasulullah S.A.W. Walaupun muslimin & muslimat di muka bumi ini terdiri daripada pelbagai kaum dan menggunakan pelbagai bahasa pertuturan, ucapan salam tetap disebut dalam bahasa Arab


Namun pada masa kini ramai muslim yang memberi salam tidak mengikut sebutan yang betul yang menyebabkan maksud salam yang diberikan tidak sama dengan maksud yang sebenarnya. Ada juga segelintir muslim yang memberi salam dengan hati yang tidak ikhlas. Tidak ikhlas dalam memberi salam dapat digambarkan dengan memberi ucapan salam dengan mimik muka yang kurang enak dipandang, sebutan yang salah, asalkan bunyi “kum” di belakang jadilah. Keadaan begini yang menjadi fenomena kepada orang-orang islam pada masa kini


MENURUT SAYA, ORANG YANG MEMBERI SALAM DENGAN BETUL-BETUL IKHLAS ITU ADALAH ORANG YANG MENYEBUT UCAPAN SALAM TERSEBUT DENGAN BETUL SEBUTANNYA DITAMBAH LAGI DENGAN MIMIK MUKA YANG CERIA SERTA SENYUMAN IKHLAS MENYEBABKAN KITA YANG MENERIMA UCAPAN TERSEBUT TERASA KEIKHLASAN DARI SI PEMBERI SALAM.

Subhanallah.... agak susah untuk saya ungkapkan dengan tulisan bagaimana keikhlasan tersebut terasa

Kesimpulannya,

Saya mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian marilah kita sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada pada diri terutamanya dari aspek memberi ucapan salam kepada orang lain. Berilah ucapan salam  dengan menggunakan sebutan yang betul, ikhlaskan hati & ukirlah semanis senyuman
Jawab atau tidak jawab itu bukanlah jadi masalah kepada yang pemberi salam. Itu menjadi tanggungjawab si penerima untuk menjawab ucapan salam yang diberikan ( DOSA TAU XJWB SALAM) Yg penting kita memberi salam dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah semoga mendapat keberkatan dari-NYA............



~Wallahu A’lam~

Rabu, 20 Jun 2012

Dugaan Orang Beriman...Adakah kita terg0l0ng Diantara Mereka..



Setiap kali kita berbicara berkenaan dengan dugaan orang yang beriman, kita seringkali diberitahu dugaan orang yang beriman cukup berat. Lalu kita diberikan contoh-contoh dugaan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kita ditanamkan terus dengan cerita-cerita bahawa alim ulama sebelum kita terpaksa bersusah payah menghadapi dugaan mereka.

Cerita-cerita dugaan orang yang beriman ini sedikit sebanyak menanamkan satu persepsi di dalam fikiran kita bahawa kita juga pasti akan diduga dengan dugaan yang berat jika kita ingin menjadi orang yang beriman. Tidak kurang juga ramai yang tidak mahu beriman kerana bimbang dengan dugaan yang berat yang bakal menimpa.
Kesilapan bertahun-tahun di atas persepsi ini membuatkan beriman itu seolah-olah menyusahkan iaitu pasti akan menempuh dugaan yang besar. Namun realiti dan hakikatnya tidak begitu.

Kita terlupa atau tidak sedar bahawa sebenarnya kehidupan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda cukup bahagia dan tenang. Baginda dan sahabat tidak pernah mengeluh dengan semua dugaan yang dihadapi kerana keyakinan kepada Allah SWT cukup kuat dan kukuh.

Persepsi yang selalu dikatakan hanyalah persepsi kepada yang melihat. Kita melihat dugaan orang yang beriman adalah cukup hebat dan berat. Tetapi bagi orang yang beriman itu, hakikatnya mereka menghadapi dugaan dengan cukup tenang dan dugaan itu tidak langsung memberikan apa-apa masalah dalam kehidupan mereka.

Seharusnya kita melihat hal ini dari persepsi orang yang beriman itu sendiri. Maka sebenarnya dugaan yang dihadapi oleh orang yang beriman itu sebenarnya hanyalah kecil atau langsung tidak dinamakan dugaan bagi orang yang beriman itu. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang kita perlu lalui dengan berserah, pasrah dan redha.
Maka tidak perlulah kita bimbang dengan dugaan yang datang apabila setiap hari kita ingin berada dekat dengan Allah SWT. Semakin kita hampir dengan Allah SWT, semakin kukuh keyakinan kita kepada ketentuan Allah SWT. Kita akan berasa semakin ringan dugaan yang menimpa walaupun mereka yang melihat dugaan yang kita hadapi merupakan dugaan yang besar.

Semoga setiap saat, iman kita semakin bertambah. Amin

BERSANGKA BAIKLAH....


bila Allah cepat makbulkan doamu.....maka DIA menyayangimu,
bila DIA lambat makbulkan doamu.....maka DIA ingin mengujimu,
bila DIA tidak makbulkan doamu......maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

oleh itu,
sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemungkaranNYA

oleh itu,
INGATLAH pesanan pendek ini
KHABARKAN kepada semua orang tersayang di sekelilingmu
agar mereka dan kita sentiasa MENGIGATINYA
agar kita sentiasa BERSYUKUR
agar kita tidak lagi LEKA
agar kita terus PRIHATIN

kalau anda tidak mengingatkan orang kesayangan di sekeliling dengan perasaan ini terutama ketika mereka memerlukannya, bermakna anda sudah mula melupakan mereka.

ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik
insyaALLAH.....