Ukhwah bermula jua disini

Khamis, 4 Julai 2013

Carilah Punca Untuk Berubah Tapi Ikhlaskan Niat Sebelum Melangkah !!!

Mari kita musabah balik ….. agar ujian mentarbiah kita.

Sekiranya sewaktu musim peperiksaan kita sanggup berhempas pulas siang dan malam mentelaah pelajaran apa salahnya kita teruskan sikap yang baik ini. Berhempas pulas menuntut ilmu dan berhempas pulas siang dan malam menunaikan kewajiapan agama. 


Sekiranya kita sering takut, rungsing, bimbang juga resah, semunya tak keruan dalam getir mengharungi ujian, apa salahnya perasaan yang sama kita teruskan apabila gagal menunaikan perintah Allah dan ketika melakukan maksiat.

Seandainya untuk ujian kita mampu membuat perancangan belajar yang tepat dan sesuai dengan kehendak masa yang mendesak untuk cemerlang, apa salahnya perancangan yang sama kita mampu buat untuk ibadat harian, mingguan, bulanan, tahunan dan seumur hidup dalam merentasi masa yang juga singkat ini sebelum kita ditentukan sama ada cemerlang atau tidak di padang mahsyarakat kelak.

Ujian juga menyebabkan kita berjya menyusun masa dengan baik agar tidak terbazir begitu sahaja apa salahnya hal yang sama kita kekalkan dalam kehidupan seharian. Aturlah hidup agar lebih bermanafaat kepada ummah.
Sewaktu ujian kita mampu meninggalkan perkara yang lagha dan maksiat apa salahnya perkara mungkar yang sama kita tinggal selepas ujian.

Sewaktu musim ujian juga kita cukup jaga pemakanan minda untuk memastikan otak sentiasa cerdas dan badan selalu cergas apa salahnya selepas ujian selain menjaga hak fizikal tubuh kita turut jaga hak hati agar tidak gersang dengan iman.

Teruskanlah doa munajat, qiammullai, sedekah dan segala amal baik sewaktu dalam muslim imtihan. Tidak rugi mukmin yang istiqamah.

Ini hanyalah sedikit gambaran perubahan sikap yang boleh kita aplikasikan selama-lamanya hasil daripada tekanan ujian. Mungkin kita serious dalam menghadapi ujian, bukan sekadar target untuk lulus bahkan cemerlang yang dikejar. Begitulah juga keputusan yang sama perlu kita kejar sempena konvokesyen di padang mahsyar kelak.

Hidup seharian kita adalah ujian. Exam forever. Setiap masa markah dicatit. Sama ada positif atau negatif. Bermula dari bangun tidur maka bermulakah exam kita. Perbuatan yang wajib sudah tentu diberi markah positif, bonus lagi bagi yang sunat bergantung kepada kerajinan. Mungkar pun dapat markah tapi negatif, nasib baiklah perkara makruh kurang dinilal dalam pemarkahan ini.

Namun exam akhirat ini kurang dirasakan oleh kita. Mungkin sebab markah tak nampak atau result lama sangat nak keluar. Kena tunggu jemputan Izrail, kena tunggu Israfil tiupkan sengkakala dulu. Barulah bermula pemarkahan dan konvokesyen…..
Fikir-fikirkan……

Tiada ulasan: