Ukhwah bermula jua disini

Sabtu, 1 Jun 2013

Pembuka Bicara


Satu ungkapan yang sering keluar dari mulut orang-orang yang menjdikan islam sebagai agamanya

Setiap perbualan mesti dimulakan dengan ucapan salam 
Sebelum masuk ke rumah pon mesti didahului dengan memberi salam
Menjenguk sanak saudara pon mesti dimulakan dengan ucapan salam
Berhubung melalui telifon bimbit pon mesti didahului dengan ucapan salam
Seorang guru yang ingin memulakan pengajarannya mesti memberi ucapan salam kepada murid-muridnya
Dalam Ibadah solat sendiri menjadikan ucapan salam sebagai salah satu rukun solat yang wajib dikerjakan
Ucapan salam sememangnya telah sebati dengan apa sahaja amalan kehidupan seharian seorang muslim


Hukum kita memberi ucapan salam adalah sunnah yang mana menjadi amalan Rasulullah S.A.W ketika baginda masih hidup. Satu ucapan yang disebut mengikut sebutan bahasa Arab iaitu bahasa Rasulullah S.A.W. Walaupun muslimin & muslimat di muka bumi ini terdiri daripada pelbagai kaum dan menggunakan pelbagai bahasa pertuturan, ucapan salam tetap disebut dalam bahasa Arab


Namun pada masa kini ramai muslim yang memberi salam tidak mengikut sebutan yang betul yang menyebabkan maksud salam yang diberikan tidak sama dengan maksud yang sebenarnya. Ada juga segelintir muslim yang memberi salam dengan hati yang tidak ikhlas. Tidak ikhlas dalam memberi salam dapat digambarkan dengan memberi ucapan salam dengan mimik muka yang kurang enak dipandang, sebutan yang salah, asalkan bunyi “kum” di belakang jadilah. Keadaan begini yang menjadi fenomena kepada orang-orang islam pada masa kini


MENURUT SAYA, ORANG YANG MEMBERI SALAM DENGAN BETUL-BETUL IKHLAS ITU ADALAH ORANG YANG MENYEBUT UCAPAN SALAM TERSEBUT DENGAN BETUL SEBUTANNYA DITAMBAH LAGI DENGAN MIMIK MUKA YANG CERIA SERTA SENYUMAN IKHLAS MENYEBABKAN KITA YANG MENERIMA UCAPAN TERSEBUT TERASA KEIKHLASAN DARI SI PEMBERI SALAM.

Subhanallah.... agak susah untuk saya ungkapkan dengan tulisan bagaimana keikhlasan tersebut terasa

Kesimpulannya,

Saya mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian marilah kita sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada pada diri terutamanya dari aspek memberi ucapan salam kepada orang lain. Berilah ucapan salam  dengan menggunakan sebutan yang betul, ikhlaskan hati & ukirlah semanis senyuman
Jawab atau tidak jawab itu bukanlah jadi masalah kepada yang pemberi salam. Itu menjadi tanggungjawab si penerima untuk menjawab ucapan salam yang diberikan ( DOSA TAU XJWB SALAM) Yg penting kita memberi salam dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah semoga mendapat keberkatan dari-NYA............



~Wallahu A’lam~

Rabu, 20 Jun 2012

Dugaan Orang Beriman...Adakah kita terg0l0ng Diantara Mereka..



Setiap kali kita berbicara berkenaan dengan dugaan orang yang beriman, kita seringkali diberitahu dugaan orang yang beriman cukup berat. Lalu kita diberikan contoh-contoh dugaan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kita ditanamkan terus dengan cerita-cerita bahawa alim ulama sebelum kita terpaksa bersusah payah menghadapi dugaan mereka.

Cerita-cerita dugaan orang yang beriman ini sedikit sebanyak menanamkan satu persepsi di dalam fikiran kita bahawa kita juga pasti akan diduga dengan dugaan yang berat jika kita ingin menjadi orang yang beriman. Tidak kurang juga ramai yang tidak mahu beriman kerana bimbang dengan dugaan yang berat yang bakal menimpa.
Kesilapan bertahun-tahun di atas persepsi ini membuatkan beriman itu seolah-olah menyusahkan iaitu pasti akan menempuh dugaan yang besar. Namun realiti dan hakikatnya tidak begitu.

Kita terlupa atau tidak sedar bahawa sebenarnya kehidupan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda cukup bahagia dan tenang. Baginda dan sahabat tidak pernah mengeluh dengan semua dugaan yang dihadapi kerana keyakinan kepada Allah SWT cukup kuat dan kukuh.

Persepsi yang selalu dikatakan hanyalah persepsi kepada yang melihat. Kita melihat dugaan orang yang beriman adalah cukup hebat dan berat. Tetapi bagi orang yang beriman itu, hakikatnya mereka menghadapi dugaan dengan cukup tenang dan dugaan itu tidak langsung memberikan apa-apa masalah dalam kehidupan mereka.

Seharusnya kita melihat hal ini dari persepsi orang yang beriman itu sendiri. Maka sebenarnya dugaan yang dihadapi oleh orang yang beriman itu sebenarnya hanyalah kecil atau langsung tidak dinamakan dugaan bagi orang yang beriman itu. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang kita perlu lalui dengan berserah, pasrah dan redha.
Maka tidak perlulah kita bimbang dengan dugaan yang datang apabila setiap hari kita ingin berada dekat dengan Allah SWT. Semakin kita hampir dengan Allah SWT, semakin kukuh keyakinan kita kepada ketentuan Allah SWT. Kita akan berasa semakin ringan dugaan yang menimpa walaupun mereka yang melihat dugaan yang kita hadapi merupakan dugaan yang besar.

Semoga setiap saat, iman kita semakin bertambah. Amin

BERSANGKA BAIKLAH....


bila Allah cepat makbulkan doamu.....maka DIA menyayangimu,
bila DIA lambat makbulkan doamu.....maka DIA ingin mengujimu,
bila DIA tidak makbulkan doamu......maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

oleh itu,
sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemungkaranNYA

oleh itu,
INGATLAH pesanan pendek ini
KHABARKAN kepada semua orang tersayang di sekelilingmu
agar mereka dan kita sentiasa MENGIGATINYA
agar kita sentiasa BERSYUKUR
agar kita tidak lagi LEKA
agar kita terus PRIHATIN

kalau anda tidak mengingatkan orang kesayangan di sekeliling dengan perasaan ini terutama ketika mereka memerlukannya, bermakna anda sudah mula melupakan mereka.

ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik
insyaALLAH.....

Kita Hanyalah Insan Yang Lemah


Dalam mengejar erti kehidupan ini, sebenarnya kita amat kerdil dan hina.Semua yang berlaku ini adalah suatu kurniaan Allah buat seketika waktu selagi mana nyawa dikandung badan.Kita sihat kerana-Nya,kita kuat kerana-Nya,kita sakit kerana-Nya dan semua itu kerana-Nya.

Amat malang dan hinalah bagi mereka yang begitu bongkak dan takabbur pada diri seperti dialah pembuat segalanya.

Kita ini hidup adalah kerana adanya nikmat nyawa dan kesihatan daripa-Nya,kita mampu melihat adalah kerana nikmat-Nya juga.Semua itu kerana dia segalanya.

Menjadi seorang yang benar-benar kenal erti diri amatlah payah dan susah melainkan kepayahan dan kesusahan itu telah mereka tempuhi.

Sebagai seorang mahasiswa mahu pun mahasiswi isu semasa bagi mereka nikmat itu ibarat pra kehidupan sebelum adanya segalanya.Kenalilah diri melalui sesuatu jalan yang diredhai dan disenangi mudah-mudahan iman kita meningkat dari hari ke hari.

Jangan kau Tangisi Apa yang Bukan Milik-Mu



Semasa tidur tengahari tadi selepas solat zohor dengan izin Allah SWT saya telah bermimpi…

Saya bermimpi menjaga seorang wanita yang cantik, wanita itu ingin menyalin pakaian dan mandi di sebuah tandas yang usang. Saya berdiri di hadapan pintu masuk dan menjaga tandas itu agar tiada lelaki yang dapat memasukinya atau mengintip wanita itu mandi. Bahkan saya sendiri tidak memandang wanita itu sebaliknya begitu cermat dan berhati-hati mengawal tandas tersebut.

Berpusing-pusing mengelilingi tandas yang usang dan mengawal dengan setia.

Saya menjadi pengawal yang sangat berdedikasi kerana inginkan kebaikan kepada wanita itu.

Malangnya saya diherdik dari dalam, dituduh oleh wanita itu kononnya saya mahu menghendapnya, mahu mengintipnya dan menyuruh saya supaya pergi.

Terdengar suara yang menyakitkan dengan tuduhan yang pelbagai.

Namun saya tabah dan setia mengawalnya kerana saya berpendapat saya telah jatuh hati kepadanya dan mahu mengawal demi untuk kebaikannya.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang kacak dan bergaya moden, menerjah masuk ke dalam tandas tersebut daripada pintu belakang dan berjalan menuju ke ruangan mandi wanita tersebut, sambil bersandar di dinding menghadap wanita tersebut maka lelaki itu pun kemudian berborak mesra dan bertegur sapa dengan wanita itu.

Mereka berbual mesra seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Melihat keadaan yang berlaku saya segera menjadi sedih, benci dan geram yang tidak terhingga lalu berjalan keluar meninggalkan wanita tersebut dan tandas yang usang itu.

Sebelum terjaga maka saya terdengar sebuah suara yang menegur saya dengan mengatakan:

“Janganlah bersedih atau runsing dengan sesuatu yang bukan milikmu.”


Saudara/i yang dihormati sekalian,

Kita hanyalah disuruh berusaha bukan mengharap hasil balasan atas apa yang diusahakan di dunia kerana akhiratlah nanti baru merupakan hari pembalasan bukan sekarang ini di dunia.

Di dalam kehidupan ini kita sering menghadapi kekecewaan apabila kebaikan yang dilakukan tidak mendapat balasan yang setimpal.

Namun apabila kita sedar bahawa dunia ini bukanlah milik kita dan setiap sesuatu yang wujud di sisi kita hanyalah sebagai pinjaman yang sementara yang akan kita tinggalkan maka dengan izin Allah kita akan mampu untuk berasa tenang dan merasai bahagia.

Daripada Ibnu Umar ra yang menyebut bahawa rasulullah pernah memegang bahunya lalu bersabda : “Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara.” Lalu Ibnu Umar berkata : “Jika engkau di waktu petang maka janganlah engkau menunggu sehingga waktu pagi dan jika engkau di waktu pagi maka janganlah menunggu waktu petang tetapi pergunakanlah waktu sihatmu sebelum kamu menjadi sakit dan waktu hidupmu sebelum kamu mati.”( Hadis riwayat Bukhari)

Kewajipan kita tersangatlah banyak, sedangkan masa kita pula adalah tersangat terhad maka oleh kerana itu janganlah kita membuang masa, waktu dan tenaga untuk bersedih kepada sesuatu yang bukan milik kita dan tidak pula menjadi beban tanggungjawab kita.

Kurangkanlah beban di dalam hidup.

Sebaik-baik perkara di dalam Islam ialah meninggalkan apa yang tidak perlu untuk bekalan kita di hari akhirat. Sabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dari riwayat Abu Hurairah ra yang bermaksud : “ Sebaik-baik perkara di dalam Islam ialah seseorang itu meninggalkan apa yang tidak perlu baginya.” (Hadis hasan, riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Cinta yang melalaikan, kasih yang menghampakan, rindu yang tidak berbalas serta pelbagai lagi punca kesedihan hati hendaklah dihapuskan oleh kesibukkan beramal, kerja gigih dan usaha yang berlipat kali ganda untuk mengumpul bekal dan amalan bagi menghadapi kedahsyatan hari akhirat.

Firman Allah SWT : “Pada hari itu (Hari Kiamat) Seseorang itu akan lari daripada saudaranya, ibu serta bapanya, isteri serta anak-anaknya. Kerana tiap-tiap seorang daripada mereka itu pada hari tersebut akan disibukkan dengan urusan dirinya sendiri sahaja.” (Surah Abasa : 33-37)

p/s :

Nasihat ini ditujukan untuk mereka yang selalu mengadu kesedihan di atas kejadian-kejadian yang pelbagai,termasuk lah diri saya sendiri yang meluah kan apa yang saya rasa kepada seorang sahabat yang dipercayaai Abaikanlah rasa hati dan kata orang yang mencaci jika kita ingin bahagia dan mencari redha Ilahi kerana jalan menuju-Nya tidak sunyi dari celaan dan dugaan.

wanita PEMBAKAR MATA dan PERESAH HATI...??betul ker???


Di zaman ini kita dapat lihat ramai wanita khususnya muslimah yang mula tidak menjaga maruah diri dan hilang sifat malu. Satu mafhum hadis Rasulullah S.A.W menyebut
“ bilamana engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendak hatimu”.

Hadis ini bukan galakan untuk kita buat sesuka hati kita je, melakukan ape yang dilarang dan meninggalkan ape yang disuruh Allah dan RasulNya. Bukan itu maksudnya! Ini satu bentuk sindiran yang tersirat makna mencegah.

Cuba hayati dialog seorang ibu dengan anaknya yang degil untuk mendengar kate ibunya bilamana ibunya melarang anak kecilnya memanjat pokok kelapa: berkata si anak : “ibu,leh tak man(salman) nak panjat pokok kelapa tu? “ Si ibu yang risau akan keselamatan anaknya berkata dengan lemah lembut, “ jangan panjat man,nanti jatuh man jugak yang susah nanti” Terus anak itu menjawab, “ alah ibu..man pandai panjat la..man kan kuat”..Maka, ibu yang menyangka anaknya degil mendengar nasihatnya terus berkata dengan nada sindiran, “ panjatlah man,panjatlah tinggi manapun yang man nak panjat..tp kalau jatuh jangan cari ibu”. Cuba hayati dialog dan cuba kaitkan cara nasihat ibu tadi kepada anaknya dan cara junjungan besar kita menasihati umatnya. Moga kita tergolong dari pengikut nabi Muhammad yang sentiasa mentaati segala tunjuk ajar dan sunnah baginda.

Islam tidak bezakan taraf wanita dan lelaki. Yang berbeza adalah tahap ketaqwaan masing-masing. Malah wanita yang solehah itu diumpamakan sebagai penyejuk mata dan penenang hati bagi sang lelaki.Tapi yang sedihnya wanita hari ini khususnya kebanyakan wanita muslimah sudah menjadi pembakar mata dan peresah hati bagi lelaki. setujukah anda dengan pendapat saya???fikirkan lah...

Pembakar mata? Ye pembakar mata bagi lelaki di akhirat nanti. Mata yang tak dijaga dari pandangan haram. Mata yang tak terjaga dari melihat bentuk tubuh wanita yang haram bagi lelaki yang bukan suami melihatnya. Semua kategori mata ini akan dicucuh dengan besi api yang tersangat panas dari api neraka( nauzubillah).

Kebanyakan wanita hari ini dengan ‘selamber’ je keluar rumah dengan berpakain yang terlalu ketat. Bertudung tapi bentuk badan jelas terpampang di setiap legar mata yang memandang. Malahan sekarang budaya memakai tudung selendang tanpa memakai anak tudung dilam.Ditambah pula keayuaan wajah dihiasi dengan warna ‘mack up’ yang menambahkan lagi daya tarikan orang yang melihat. Aduh malunya aku sebagai lelaki islam jika ada wanita begini....Akibatnya, bergeloralah hati sang lelaki yang melihat keayuan wanita itu. Tercemarlah kekhusukan hati sang lelaki pada Rabbnya kesan melihat wanita ajnabi yang tak menjaga auratnya kerana pepatah melayu menyebut ‘dari mata jatuh ke hati’. Bila sampai ke hati,maka hati itu akan mulai resah gelisah. Hati mula terhijab dengan khaliqnya,maka akan terus rosaklah hati itu. Akhirnya,berlakulah pergaulan bebas seterusnya terjun ke lembah penzinaan,perogolan,pencabulan dll. Masyarakat terus punah dan ranah dek kerana sikap tak berhati-hati para wanita akhir zaman ini.

Jadi,ayuh kita bersama mendidik diri kita dan sahabat-sahabat wanita yang lain untuk kembali menghayati akhlak islam yang sebenar. walaupun kita sebagai lelaki pekara sekecil ini wajib kita ketahui dan pelajari malah kita wajib lakukan kerana kita pasti bekeluarga dan mempunyai anak-anak.Bukan akhlak barat yang diimport kemudian diadun semula dengan versi baru atas nama islam…Wallahualam

Pandanglah dalamannya bukan luarannya sahaja!!!!!


"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.

Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan menyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.

Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran: "Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl: 53 Wallahu a'lam...

Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadah menjadi yang terbaik... Yang baik datang dari Allah S.W.T & yang kurang itu is from my weaknesses..